Powered by Blogger.
Norsyazni Mohd Abdul Kader instagram bloglovin Email

Ours Journey

As salam for my cutest stalker again. Wah! Tekad btol kali nih aq update. Hahahaha....

Entry kali nih tentang pengakuan jujur aq. Pengakuan yang aq mula sedar hati aku untuk "abg sheikh".

Kejadian pertama :-
Sikap cemburu aq pada adik angkat "abg sheikh". Ok.. Korang cuba bayangkan kalau pkwe korang ada adik angkat. Diorang dah setahun kenal & adik angkat dia penah luah kan cinta kat abg angkat die<pk we korang>. Hmm.... Kalau korang kat situasi macam nih. Apa tindakan korang? Menjerit kat pk we korang kew... Bgtahu pkwe korang "Jangan layan adik angkat ag. Kalau tak, I bunuh diri." Hahahaa.... Korang rasa, kenyataan korang tadi akan membantutkan hubungan abg adk diorg kew?. Tentu lha TIDAK. Korang tahu apa aq buat, bila aq kat situasi macam nih....

Aq balek umah, aq menangis kat sahabat-sahabat aq yang sudi mendengar. Itu lha yang aq lakukan. Kadang-kadang bukan adk angkat die jew dia penah share ngan aq. Ex dia pown dia penah cita ngan aq. Someone yang penah terdetik di hati dia untuk dijadikan isteri. Ada jew dia kongsi dgn aq. Tp, bg aq, "past is past." &  tak salah dia mengingati masa silam dia.

Kejadian kedua :-
Raya cina baru-baru nih. Kebetulan, kilang aq shutdown & aq pown tak da OT. Jadi, cuti aq memang panjang gla. Sampai aq rasa boring duduk rumah. Actually, masa cuti tuh aq bukan dok umah pown. Hahahahaa... Aq berjalan dgn kak long aq. Hampir seminggu jugak, aq tak jumpa "abg sheikh". Aq dah tak betah duduk umah. Tak tahu lha npe jadi cmtuh. Hahahaha... Bila dia balas message lambat. Aq mula mengamuk. Pelik kan?

Kejadian ketiga :-
Aq ajak dia jumpa kawan aq dekat s.petani. Walau pown, "abg sheikh" kurang selesa dgn kawan aq tuh. Dia masih jaga hati aq & aq paham dari reaksi dia & dia jugak paham dari renungan mata aq kat dia. Aq akui, masa perjumpaan aq tuh, aq lebih menjaga hati kawan aq dari hati "abg sheikh" sendiri. Sebab, kawan aq tuh hampir 5 tahun aq kenal dia. & aq sayang kawan aq tuh lebih dari "abg sheikh" sendrik. Sebab tuh, awal-awal ag aq bagi "abg sheikh" renungan maut. Hehehe... Bukan niat nak ketepikan perasaan dia. Cuma aq tak suka benda tuh berlanjutan. Mujur dia paham. Sikap dia yang matang memahami gerak geri aq tuh buat aq tertarik  ngan die. Sejujurnya!!!

Kejadian keempat :-
Masa raya cina, lepas dia blek dari kampung. Beria-ia dia message aq ajak jumpa. Aq pulak, beria-ia siap kan diri aq. Hanya untuk dia. Almaklum lha, dekat seminggu jugak kami tak jumpa. Petang kami keluar sampai malam.... Tapi, tak lebih pukul 12 malam. Dia ajak aq lepak padang kota lama. Aq ikot kan ja. Nak dijadikan cerita, tgh rancak-rancak berbual tuh. Ada pulak called masok kt phone die. So, perbualan kami automatik terhenti. So,aq pown sabar menunggu. 10-15 minit tgn tak lepas ag pegang phone. Dia ajak aq berjalan pusing taman depan laut tuh. Hampir 2 round kami pusing, dia tak abiz ag bercakap. Bercakap pulak macam bercakap dgn awek dia. Pintal-pintal daun, gosok-gosok batu, senyum sampai ke telinga. Yang paling aq berhangen, dia bole mengayat pompuan tuh depan-depan aq. Ok, depan-depan aq taw. Memang dia cari mampos btol lha mlm tuh. Aq diam ag. Aq ikut jew rentak dia. Aq kerling jam dah pukul 11. Yang paling malu tuh, "abg sheikh" duduk sebelah aq, tp, phone kat telinga. Korang dapat bayangkan tak. Betapa tebalnya muka aq, bila orang sekeliling pandang aq. Peeerrgghh..... Malu ooo....

Dekat sejam diorang bergayot, gila tak panas. Last-last, aq terpksa bertegas.... aq tunjok jam tgn aq, buat reaksi nak blek. Naseb dia paham, tuh pown lpaz kali ketiga aq buat reaksi baru dia nak amek peduli. Masa letak phone tuh pown, baru dia perasan muka aq laen. Punya lama gayot, dalam keta tuh... elok ja dia msok, aq troz lancarkan peluru berpandu. Agk-agak aq da puas ckp, aq senyap ja dalam keta. Tuh 1st time, dia tgk aq hangen. Tapi, memang aq hangen btol mlm tuh. Dia yang iya-iya ajak jumpa. Alih-alih bole gayot ngan pompuan buat tak tahu ja ngan aq. Bila aq pikir-pikir balek, npe aq mara sgt masa tuh. Pada hal, kami bkn declared pown ag. Huhuhuhuhuuu.....

Kejadian kelima :-
Memang kejadian kelima nih sangat bersejarah. 1st time, dia jatuh kan airmata aq untuk dia. Aq dah lama tak menangis untuk lelaki. Bila mlm tuh, dia buat cmtuh. Memang aq dah tak bole tipu diri sendrik ag. Asalnya pown bnda kecik ja. Disebabkan gurauan, aq tak tau lha sama ada dia amek serius kew, atau dia nak uji aq kew. Yang buat aq tersentak bla dia amek serius message aq, kata last message... Dia langsung tak reply, bila aq called, dia langsung tak angkat. Aq try called ag skali, dia da OFF handset. Naseb esok tuh aq cuti. Aq punya nangis malam tuh dari pukul 11- 4 pagi. Aq memang tak dapat terima kenyataan btol masa tuh. Pukul 6pg bgn.... nangis ag sampai pukul 10 pagi. Gila bengkak mata aq time tuh.

Sebenarnya, dalam tempoh 2 bln 7 hari nih... Macam-macam yang aq lalui ngan dia sbenarnya. Tapi, tak terluah sebab terlampau banyak. =P Apa-apa pown aq berserah jew. Kalau btol dia jodoh aq. InsyaAllah.... =)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
As salam, Tu dia lha klau lama dah tak update blog. Sekali update.... Dah bole buat esei... Hehehehe

Ok... Tajok yang masih seumpamanya.... Hahahaha... 2nd date, kami pergi karaoke. Aq pulak masa tuh tak dak mood nak nyanyi. Tp, hentam ja lha. Dah org nak blanja kn... Sejak jumpa kali pertama, die bertambah rajin message aq. Mula-mula aq pelik jugak, sebab kebanyakan lelaki yang aq kenal. Lepas jumpa aq, troz ilang langsung tak message. Al maklum lha, aq nih bukan nya lawa pown. Jadi, mungkin aq x layak lha kot jadi kawan depa. Koooottt......

Tp, "abg sheikh" nih laen.... Mula-mula jumpa dia, macam-macam jugak dia komplen aq. Yang paling buat telinga aq bernanah tuh, die bole ckp cmnih. "pompuan nie saham die paling tinggi kat jalan, klau muka segak, baju kemas pown, skali jalan...... macam org balek dari noreh getah nuunnn.... " Klau die ckp, sekali ja tak lha rasa berbekas sgt. Tp, dia suka ulang bnda tuh. Last-last, aq berasa cm die perli aq. Hahahahaahaa... sebab perangai die apa yang die nmpk dpn mata dia... Dia akan terus ckp, wlau pown, dalam bhsa kiasan.

Slow-slow aq mula phm perangai, cuba baca tiap reaksi die & cuba ikut apa yang dia nak, cuba ubah apa yang dia tak suka. Tapi, masa tuh, aq still aq tak paham kenapa aq beria-ia jaga hati dia. Cuba tak nak bagi dia ilang mood bla kuar ngan aq. Bukan apa, bila dia ilang mood, dia akan berleter. Bila dia berleter, haaa... sapa yang kena tadah telinga.... Aq jugak!!! Sebab tuh, klau bole aq cuba jaga mood dia.

Masa awal-awal perkenalan kami, dia selalu cita pasal adik angkat dia. Cita yang buat aq boring sangat dgr. Tiap kali jumpa aq, mesti cita pasal adk angkat die. Memang aq mengaku, aq cemburu masa tuh. Aq penah uji dia, slow-slow aq korek pasal adik angkat die. Akhirnya terluah jugak kebenaran. Actually, memang adik angkat dia dah lama suka ngan "abg sheikh" nih. Memang muda budak tuh. Baru 22 tahun. Tp, bagi aq, umur sekadar no.... Klau dia nak, bole ja dia nikah ngan adik angkat die. Alaa... adik angkat jew pown. Bukan adik kandung. Bila aq cuba bawak lebih jauh persoalan adik angkat dia. Tiba-tiba dia ubah topik. Dari situ, aq terkesan... Aq rasa cm aq nih org ketiga pulak dalam hubungan diorg. Walau pown, "abg sheikh" kata... dia cuma anggap adik sahaja.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sound weird huh? Hahahaha.... Itu lha apa yang aq rasa.

As salam for my cutest stalker. miss me? Aww.... so sweet!!! I miss u too. Nape tajok kali nih jiwang berkarat-karat eh... Hehehe.... Rasa cam geli lak bulu ketiak aq nk buat entry nih. Hehehehe.... Tapi, aq nak buat jugak entry nih. Al maklum lha, tuan punya blog nih tgh di lamun cinta. Weee......

So, disebabkan lama aq x menulis. Mesti korang pelik kn.... Skali tup tup kuar cita CINTA, omg... hehehehe... Cmna nak mula eh? Malu lha pulak.... Hikhikhikhik... Errmm.... Biar aq gelarkan die "abg sheikh". Comel kn nma nih? Hehehehe...

Dah hampir 3 bln aq knal dgn "abg sheikh" nih. Umur dia 8 tahun tua dri aq. Ramai org pertikaikan faktor umur die ngan aq. Aq pown, bkn nya muda ag.... 25+.... korang pikir lha sndrik ye... Hehehe... Bak kata org, da bole digelar "andarter". Haaa... taw x? Anak dara terlajak. Eh....eh... actually, blom terlajak ag taw. Tp, dah hampir da nak isi borang tuh. Hahahaha...

Aq knal "abg sheikh" nih pown kira member atas member. Kebetulan, aq kontek blek BFF aq masa time skolah dulu. Die yang temukan aq dgn "abg sheikh" nih. Mula-mula berbalas message, macam kami nih penah jumpa jew gaya. Pada hal, tgk muka pown blom. Bila dah jumpa, ag riuh... Aq langsung tak rasa kekok bila 1st time jumpa die.

1st date, kami tgk wayang cita jackie chan. Memang layan abiz!!! Kami bertukar-tukar cita. Memang aq tak jemu langsung duduk dgn die. Tp, actually 1st time jmpa tuh, aq tak rasa apa-apa ag pown. Sebab... apa yang aq perhati kan... Even dia jmpa aq tuh. Dia tak anggap 1st date kot. So,dia pown behave dgn cara yang agak menyakitkan hati aq. Serious, i wasn't like that. 1st jumpa tuh jugak, aq pksa dia jmpa umi aq. Actually, aq test ja. Hahahaha.. Tak mengharap pown sebenarnya.

Bagi aq, klau dia jmpa umi tuh. Maknanya dia selesa lha kot dgn aq. Sebab, aq ckp dari awal klau nak keluar kali ke-2. Tunjok muka kat umi dulu. Baru aq ikut dia keluar. Kira cabaran lha jugak tuh! Then, malam tuh jugak... masa antar aq blek die jmpa umi. =)

Yang tak best nya, dia asyik message ja sepanjang aq kua ngan die. Macam da ada awek ja gaya. Tapi, aq tak cepat melatah. Aq relax ja dulu. Sebab dari mulut die anggap aq "kawan". So, i'd behave like a friend lha kn... Seriously, 1st date nih lgsg "no heart feeling".

And aq sndrik tak sedar sbenarnya bila aq mula sukakan "abg sheikh" nih. =P

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About Me

bilamatamelihat
View my complete profile

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Blog Archive

  • September 2021 (1)
  • July 2018 (4)
  • July 2017 (3)
  • May 2017 (3)
  • February 2017 (2)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (1)
  • November 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • December 2015 (3)
  • March 2015 (1)
  • December 2014 (1)
  • September 2014 (1)
  • July 2014 (1)
  • May 2014 (2)
  • December 2013 (2)
  • August 2013 (1)
  • July 2013 (2)
  • May 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (3)
  • January 2013 (1)
  • December 2012 (7)
  • November 2012 (3)
  • October 2012 (11)

Facebook

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates