Kisah Seorang Gadis. (Dosa Semalam 1)

by - 1:12 PM

As salam for my cutest blogger. Hari nie, aq nak kongsi satu cerita yang sangat menyentuh perasaan. Mungkin ada part-part ag. Hahahahaa.... Senang paham N aq pown malas nak taip banyak-banyak. =P

Si gadis lahir dari keluarga yang biasa-biasa saja. Dari kecil berhadapan dengan masalah keluarga, parent yang selalu bergaduh membuatkan si gadis selalu tertekan. Si gadis selalu berfikir kenapa keluarga aq tak pernah tenang macam orang laen. Si gadis membesar dengan keluarga yang selalu kacau. Si gadis selalu berasa dia malang dalam segala segi. Parent yang tak sempurna. Ilmu yang tak sempurna. Cinta yang tak sempurna. Tapi, atas dasar-dasar KETAKSEMPURNAAN nih lha, dia bangkit untuk teruskan hidup.

Perpisahan ibu dan bapanya membuatkan si gadis makin tertekan. Ya! Sangat tertekan. Mungkin si gadis memang tak tahu apa permasalahan ibu dan bapanya. Si gadis selalu menyalahkan si ibu kerana dia mahukan perpisahan dengan bapa. Baginya, biarpun keluarganya tak sesempurna orang laen, sekurang-kurangnya dia masih punya ibu dan bapa yang tinggal sekali di bawah satu bumbung.

Si gadis seorang sangat pendiam. Dia tak pernah berkongsi masalah dengan sesiapa. Tetapi, bila situasi keluarganya makin memburuk. Si gadis berubah menjadi seorang liar. Dia mula tidak pedulikan keluarganya. Dia lebih cenderung memalukan ibu dan bapanya. Bermula dengan lari dari rumah. Kononnya mahu hidup sendiri. Tidak perlu gantung pada ibu bapa. Setiap langkahnya, menuju ke arah kehancuran.

Disebabkan kegagalan rumahtangga ibu dan bapanya. Si gadis takut untuk meletakkan cinta yang tulus pada insan yang bergelar lelaki. Dia terlalu mentah untuk hidup bersendirian di KL. Berjumpa dengan pemandu teksi, danial namanya. Danial nih mamak. Hindu masuk islam. Pertama berjumpa danial menawarkan duet yang banyak dan dara si gadis sebagai gantian. Danial menjanjikan sebuah perkahwinan dengan si gadis. Dia langsung tidak menyedari itu hanya lha sebuah taktik untuk dapatkan badan si gadis. Si gadis tidak berfikir panjang dan terus bersetuju. Kerana di fikirannya. Ibu dan bapanya tidak peduli sama ad dia menjadi anak yang baek atau tidak. Buktinya, perpisahan mereka. Sungguh singkat pemikiran si gadis.

Dosa besar pertama bersama lelaki bernama danial. Perlahan-lahan si gadis mengenali siapa danial. Walau pown, danial seorang islam. Tetapi, Islamnya atas dasar nama. Hampir setiap hari si gadis mengikuti danial mengambil penumpangnya. Dia lihat cara lelaki itu bekerja. Setiap kali, pulang dari kerja pasti arak yang menjadi peneman. Hidupnya hanya untuk duet, arak dan perempuan.

Bila si gadis terpandang tin-tin arak di dalam teksinya. Si gadis tersentak. Dia sedar dia telah jauh menyimpang dari tujuan sebenar. Namun, bila dia tersedar dia telah jauh sesat. Kerana tiada apa yang perlu dia pertahankan. HIdupnya hancur atas kebodohan sendiri. Selama sebulan dia di KL, dia hanya memperhambakan dirinya dengan seks saja. Dia ikut lelaki yang bole beri dia duet untuk teruskan hidup.

Nak tahu kisah selanjutnya? Da jd macam blog bersiri pulak.... Hahahahaha.... Apa2x pown nanti aq sambong update eh.... Banyak pengajaran yang bole kita dapat dari cerita nih. =)

You May Also Like

0 comments

Luangkan Masa Sebentar