Kewujudan Insan Ketiga. (Dosa Semalam 2)

by - 2:09 PM

As salam... Kembalinya saya di sini ingin menyambung hujahan yang tergendala sebagai tatapan kita bersama. Hahahaha.... Tercekik tekak aq pkai bahasa buku. Entry yang lalu, tentang permulaan kita mengenali watak si gadis yang polos dan senang kena tipu. Entry kali ini pula, sama-sama kita selami. Moga anda dpt menjaga anak-anak anda supaya tidak jauh melencong. Amin!!!

Memang si gadis tak lama tinggal di KL. Sebulan saja, kenapa sebulan? Apa yang membuatkan dia bertindak sedrastik ini. Bukankah dia lari dari rumah hanya untuk menjauhi keluarganya. Apa yang membuatkan dia mau balek ke rumah semula?

Sepanjang tempoh sebulan di KL. Danial mmg byk membantunya dari segi kewangan. Sebagai balasan, tubuhnya sebagai cagaran. Dalam masa yang sama, Danial bersekedudukan bersama seorang gadis dari Indonesia. Atin namanya. Atin nih muda setahun ja dari si gadis tadi. Atin nih jugak hampir setahun tinggal bersama danial. Bayangkan setahun mereka hidup sebagai suami isteri tanpa akad.

Atin tahu danial selalu membantu si gadis untuk truskan hidup di KL yang serba mencabar nih. Atin menganggap si gadis adalah sahabatnya. Sebagai seorang perempuan, si gadis paham dengan apa yang dialami Atin. Danial menabur bermacam-macam janji pada perempuan. Dia janji akan kawen dengan gadis indon nie. Bila permit gadis indo tuh abiz, dia janji akan bawak Atin tuk perbaharui. Tp, sampai ke hari tersebut, langsung tiada ada apa-apa perubahan.

Semasa dengar luahan hati Atin. Si gadis sudah mengagak nasibnya juga pasti akan seperti Atin. Bezanya mereka berlainan negara. Tapi, mereka tetap seorang PEREMPUAN. Si gadis berfikir nasebnya lebih baek, dia masih di dalam negara sendiri. Bila-bila masa boleh pulang ke pangkuan keluarga. Tapi, bagaimana nasib Atin? Yang terang-terang bergantung hidup pada Danial.

Dari kisah Atin, si gadis buka mata. Memang dia telah terlanjur memberikan tubuh pada lelaki berhidung belang itu. Tapi, sekurang-kurangnya dia masih tidak mengandungkan anak lelaki itu. Dia tidak mahu ada anak bersama lelaki itu. Jika perkara itu terjadi, pasti dia malu untuk mengaku bahawa ayahnya seorang perosak dara gadis. Oleh kerana itu, si gadis kembali ke pangkuan keluarganya.

Dalam diam, dia menyimpan dendam dengan lelaki bernama Danial. Memang di KL, si gadis terkejar-kejar Danial hanya kerana duet. Dan dia tahu apa yang Danial mahukan sebagai gantian. Bila si gadis pulang ke kampung halamannya, dia akan pastikan lelaki berhidung belang itu melutut mencarinya semula.

Entri selepas ini, mungkin hanya penuh dengan luahan dendam. Dendam yang x mungkin korang akan lupakan watak si gadis. =)

You May Also Like

0 comments

Luangkan Masa Sebentar